Monday 22 December 2014

Solat atau mati?

Hi a.k.a Merhaba [in turkish]

Kalau cakap pasal solat, solat yang paling liat nak buat must be solat subuh. Time tu lah berduyun-duyun setan bergayut dekat mata telinga badan ne. Tak tahan I bro. Alhamdulillah masa duduk samura solat subuh terjaga. Samura ne islamik sikit uols and aku suka. Hari sekolah tu nak buat macam mana memang kena bangun awal. Seniors boleh bangun lambat sikit hehehe [ne bukan buli tapi keadilan] Paling-paling Sarjana 2 azan baru kitaorang bangun. Baru win :') 

Tapi waktu weekend tu mencabar sikit. Disebabkan weekend je kita dapat bangun lambat sebab class start pukul 8. So kadang-kadang memang subuh gajah lah kita. Biasalah takde handphone nak buat alarm, ada alarm clock pun selalu pecah aku buat sebab jatuh dari katil. Maka pentingnya hidup berjiran! Budak dorm sebelah kejutkan subuh sebab dorm aku masih gelap gelita walaupun hari dah nak siang. Terima kasih jiran. 


Ini yang dapat aku share untuk kita sama-sama berubah:

1. Solat di awal waktu
Bila kita solat awal kita akan rasa kita mempunyai banyak masa. Dan cuba bayangkan bila kita solat lambat mesti rasa susah kan tengah serius buat kerja lepastu kau kena stop pergi solat dulu. Lagi epic bila kau belum isyak dan jam dah pukul 12. Lepastu kau kena ambik wudhu sorang-sorang. [seramshit] Lagi satu, melambatkan solat tu akan menyebabkan kita malas lalu tak solat.


2. Solat dengan sempurna.
Aku rasa kita perlu tiptopkan solat kita. Kalau kita salah tajwid ketika membaca Al-fatihah maka solat kita tidak sah. Agak-agak tak hafal lagi doa qunut, pergi google internet lepastu hafal. Bila kita solat dengan perfect kita akan rasa feel dia. Mesti kita akan tawadhuk dan jadi rajin solat Insyaallah.


3.Install Prayer Times
Apa guna ada smartphone kalau kita tak smart gunakan apps yang ada ye tak? Setiap kali tengah lepak dengan kawan huahua tuptup azan dari phone. Alhamdulillah insaf sikit pergi tunaikan solat dulu :p Kadang-kadang kawan yang baik diperlukan. Saling ingatkan kawan pergi sembahyang. Yang ada pakwe makwe cuba suruh dorang solat.






Kita buat solat untuk diri kita sendiri. Kita perlukan Allah. Solat adalah masa kita perbualan kita dengan Allah. Kita boleh mengadu sambil mensyukuri. Mungkin Allah akan makbulkan hajat kita tika itu. Doakan ibu bapa kita kerana mereka tak pernah lupa doakan kita :) Jadi jangan tinggal solat, nanti hati mati. Insyaallah sama-sama cari redha dia.

No comments:

Post a Comment